Saturday 9 March 2013

Cara Cetak Baju | Heat Press

Dulu, kalau tengok gambar-gambar kat baju, terpikir juga...... camner diorang buat sebenarnya kan. Sekarang, zaman dah berubah, kat rumah sendiri pun boleh cetak baju. Jadi, jom kita tengok antara cara-cara cetak gambar kat baju.

Mula-mula, korang DESIGN la gambar ape yang korang nak. TPT guna Adobe Illustrator CS5. Kalau korang belum ada, boleh pegi cni. Contohnya camni.

(Sori, gambar tak bpe clear)

Bila dah siap DESIGN tu, boleh la PRINT. TPT nak PRESS kat baju putih 100% COTTON. So, kena la guna LIGHT BASED TRANSFER PAPER.

 Taaaaadaaaaaa...... dah pun kluar....

Then, kena la potong gambar tu. Kalau takde CUTTING MACHINE, pakai gunting pun takpe.

Ni lah hasilnya selepas di gunting, gunting, gunting.

Bila beres hal gunting menggunting, Mula lah ON Machine kita untuk set TIME (s) dan TEMPERATURE (F).

Kena tunggu sehingga dapat suhu yang kita nak.

Lepas tu boleh lah letakkan baju dan susun atur gambar-gambar kita tadi.... TPT nak letak gambar ni separuh depan, separuh belakang. Jadi, kena la letak kat sisi baju.

Bila dah confirm tak senget menget, bolehlah kita letakkan TEFLON SHEET dan PRESS kan ia.

Tunggu sampai 0s. Nanti ada kluar bunyi tananananananaa.... dari machine tu. So, ape lagi tunggu, angkat la HANDLE nya....

 Dah angkat HANDLE nya jangan termenung plak. Buka la kertas tu satu persatu. Kena cepat, nanti kalau dah sejuk, susah pulak nak tanggal.




Inilah antara hasil-hasilnya. Tak susah kan?


3 comments:

Hgpromo.org/
www.HyperSmash.com
Blog Ping Site